Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, April 19, 2007

::Maafkanlah Aku...::




Ya Allah…!

Di pesisir angin yang menyapa

Aku terhidu bau harum…

Itulah harapanku kepadaMu

Agar Engkau mengutip CINTAku

Yang pernah berselerakan debu

Ya Allah…!

Daku tetap menantiMu di setiap kali

Angin menyapa jasadku…

Daku tetap menyintaiMu

Meski berulang kali telah kumungkiri…

Daku masih mencintaiMu

Dan aku mahu terus begitu…

Ya Allah…!

Meski fajar terbenam…

Meski rembulan sembunyi di balik awan

Meski senja tiada lagi warna jingga…

Aku masih ingin mencintaiMu…

Meski CINTA itu sungguh payah kumiliki…

Meski CINTA itu sungguh payah

Untuk kuselitkan ke dalam hati…

Dan..

Daku pasti

Dengan rahmat dan kasih sayangMu…

Daku tetap akan menanti

Meski waktu itu, separuh nyawaku telah

Engkau pisahkan dari jasadku…

Dan semoga CINTA ini

Akan menjadi saksi bahawa

Aku tidak mahu pulang

Tanpa CINTAku kepadaMu

Ya Tuhanku…!

~Maafkanlah Aku…

Namun sebagai hamba yang percayakan Allah, juga sedar bahwa hidup ini bukan hanya untuk bercinta, bukan hanya untuk berhiba kecewa. Ada lagi tanggunggjawab yang lebih besar daripada itu yang perlu kita laksanakan.

Cinta itu bukan hanya satu keindahan yang bersatu di dunia semata. Ada lagi tempat yang lebih indah untuk dituju... Akhirat yang kekal abadi...

“Aku takkan mencari lelaki aku cintai,aku juga takkan mencari lelaki yang mencintai aku, tetapi aku mahu mencari lelaki yang mencintai Allah dan menyambung perjuangan RasulNya, sehingga senang untukku mentaatinya…”

No comments: