Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, November 01, 2007

::Sejuta Keazaman::


Ma’ataufiq binnajah fil imtihan niha’ie

Imtihan Niha’ie Nuur Mawardah pada :

28 Oct – Ulum Hadis
10 Nov – Al-Quran & Tajwid III
12 Nov – Ulum Al-Quran
15 Nov – Fiqh
17 Nov – Prinsip-prinsip Ekonomi Islam
18 Nov – Nahu & Sorof
20 Nov – Usul Fiqh

Alhamdulillah, lepas satu paper dan lepas ni ada lagi 6 papers yang mana sekarang kami pelajar sem 4 gap selama hampir 2minggu. Subhanallah... semasa menjawab soalan di dewan exam, hanya pada Allah tempat kita memohon pertolongan. Memang mustajab doa apabila kita terlupa dalam exam. ( Dengan syarat kita dah berusaha sungguh-sungguh ). Suka untuk berkongsi dengan semua, amalkan doa : “subhanamanla yanamu wala yashu allahumma zakkirni maanasitu” maksudnya: Maha suci Allah Yang tidak tidur dan Yang tidak lupa, Ya Allah peringatkanlah aku apa yang aku lupa”. Dengan keyakinan, dengan kuasa Allah kita akan teringat apa jawapannya.

Allahu Akbar! Memang lama juga nak menunggu 2minggu pula paper. Moga2 kali ni Nuur Mawardah tidak lagi mengamalkan study last minute! Dapat pertingkatkan lagi pointer pada sem ni. Ada rezeki, dapat Dean’s List. InsyAllah…

Akhirnya, ilmu yang dipelajari bukan semata2 untuk menempuh exam. Tapi, untuk lekat di hati hingga ke akhir hayat kita. Lebih-lebih lagi ilmu agama yang semakin kurang masyarakat kita ambil cakna. So, kitalah pelapis pendidik pada masa akan datang. Buktikan pada dunia, kelahiranmu penuh bermakna! Sejahtera juga di Akhirat yang kekal abadi. Ameen.

Wallahu’alam bissowab…

.:Sehelai Jubah Hijau:.

Assalamualaikum WBT…
Dikesempatan ini Nuur Mawardah hulurkan Salam Eidul Fitri buat semua. maaf zahir batin dipinta, harapnya segala sengketa lalu dapat dimaafkan dan dilupakan. jangan sampai dibawa ke Akhirat. Moga kita semua ketemu lagi dengan Ramadhan yang penuh barakah dan amalan-amalan kita diterima Allah jua diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk bermujahadah selama 11 bulan ini.

Sekalung tahniah dan takziah buat adik-beradik Nuur Mawardah jua sahabat seperjuangan di bumi UIAM yang akan menguasai SRC pada sesi akan datang. Moga kalian dapat menunaikan taklifan sebaiknya juga kepada adik-beradik Nuur Mawardah yang akan memegang tampuk Maaruf Club. Doakan Nuur Mawardah juga dapat menunaikan taklifan yang telah diamanahkan oleh Allah di sini.

Tak ketinggalan juga alfu mabruk ditujukan khas buat sahabat-sahabat UDM kampus KUSZA yang dapat menyambung pengajian di bumi anbiya’ yang telahpun mengetahui natijah imtihan qobul, berapa tahun kalian di sana. Tak kira tahun ke berapa kalian duduki, namun teruskanlah perjuangan di bumi yang penuh barakah. Moga jalinan ukhuwah fillah kan terus mekar bersemi dan ketemu lagi dalam satu perjuangan. Harapnya Nuur Mawardah juga akan mengikuti jejak kalian ke bumi anbiya’, InsyAllah. Ameen.

Masuk pada title entry, Sehelai Jubah Hijau Nuur Mawardah menciplak dari lagu Sepasang Kurung Biru, nyanyian Khairil Johari Johar yang hanya digubah sedikit untuk lagu tema bersempena sebuah tulisan cerpen sahabat yang amat berjasa pada Nuur Mawardah suatu ketika dahulu, Siti Natrah Mustajab yang bertajuk PILU YANG MENGUSIK JIWA.

Sehelai Jubah Hijau


Tiada salam atau ucapan

Tiada pesan tanda ingatan

Suasana penuh keriangan

Ku teringat pada seseorang oh...

Di hari yang berbahgia ini

Hatiku kosong dan sepi sekali

Betapa manis kenangi lalu

Menyambut raya bersama denganku oh...( korus )

Tiada bisikan lembut yang ku dengar

Hanya suara azan sayup bergema

Masih kurasakan hangat tanganmu

Di pagi raya bersalam dengan ku

Tetamu datang tetamu pergi

Namun tak tiba orang ku nanti

Hanya sehelai jubah nan hijau

Menjadi teman mengubat rindu ku oh...( ulang korus )

p/s: tiada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Kepada ukht mahbubah Nuur Mawardah, this your favourite eid song!! I had edit the lyric...