Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, December 16, 2007

::FERRARI, PIERRE CARDIN DI DARUL TAQWA:: ( Bahagian 2 )

...sambungan

Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tidak ada dewan bandaraya di seluruh dunia yang mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya melambung tinggi.

APA? Dia nak marah aku?

“Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu suruh. Kita selesaikan di sini sahaj. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan?” tanyanya dengan penuh angkuh.

“Pak cik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi zaman ini, semuanya dipandang sebagai alat bukan ada matlamat,” kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.

“Oh…oh, maafkan kami pak cik,kami nak tanya sikit. Kenapa pak cik pakai pakaian zaman dahulu? Mana pak cik dapat pakaian macam tu?” tanya pegawai itu pula.

Aku yang gila atau dia yang gila. Detak hatinya. Dia berjalan ke arah Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perwatakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leer, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal-mahal pula – Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat jenama John Master. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia ketinggalan zaman!

“Anak muda, pakaian pak cik ini pakaian pemimpin. Pak cik orang besar negara ini. Pak cik dah kelilingi dunia dengan pakaian ini.”
“Pak cik, itu pakaian pululan tahun yang lampau, ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa lagi. Moyang-moyang kami sahaja yang mempertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di barat. Sekarang, kami hanya dapat melihat gambar-gambarnya sahaja, itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ni berpakaian macam yang kami pakai ini. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti Darul Taqwa.”

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan.

“Di mana aku sebenarnya ni?” dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, ini Jalan Chow Kit di tengah bandar Kuala Lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tiada.

“Pak cik, ini bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah. Nama saya Haji Din, Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir dan batin penduduk bandar ini.”

Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia Mutmainnah? Apa dia Mujahadah? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar.

“Pak cik, kami merayu pak cik membayar saman tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pak cik laksanakanlah. Demi kebaikan pak cik dunia dan akhirat.”


bersambung...

Wednesday, December 12, 2007

::FERRARI, PIERRE CARDIN DI DARUL TAQWA:: ( Bahagian 1 )



Digosok-gosoknya lagi matanya.Dia seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta? Ke zaman kolot dan purba? Begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkan ke tepi jalan.

“Assalamualaikum pak cik…tolong kutip kertas tu. Nanti pak cik rugi di akhirat. Kebersihan itu sebahagian daripada iman.” Bunyi suara di belakangnya. Dia bingkas berpaling. Siapa yang berani tegur tadi? Aku Datuk Dr. Johar, orang besar di negara ini.

“Pak cik, biarlah saya tolong kutip, sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang, nanti didendanya pak cik,” kata budak kecil dengan berpakaian putih dengan serban berlilit di kepala.

Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit. Siapa yang tak kelabu mata tengok duit merah dan biru berlapis-lapis. Namun Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang siur bergerak di udara. Railbus bercerah di sana sini. `Bullet Train’ meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busarnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden. Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah laku mereka…ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Johar.

“Hoi budak, aku di mana sekarang?” soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladdin, budak arab dengan lampu ajaibnya. Teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikirannya.

Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan berpakaian yang hebat dan segak. Jubah mereka berwarna hitam berjalur biru.

“Assalamualaikum…maaf, kami terpaksa saman pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa. Kami terpaksa menyaman pak cik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitik beratkan iman. Pak cik disaman 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali,” kata pegawai penguatkuasa itu dengan berhemah dan lembut.
bersambung...

Thursday, December 06, 2007

.:Sahabat:.



Sahabat… di mana dikau
Kala daku memerlukanmu
Langkah perjuangan masih jauh didepan
Jangan tinggalkan daku keseorangan

Sahabat… Tika kau ada di sisi
Kita bersama tempuhi perjalanan
Kata nasihat kujadikan pedoman
Dalam menagih keredhaanNya

Harapan yang sama diidamkan
Ujian yang sama diharungi
Pengorbanan yang sama dicurahkan
Kasih sayang sama dibajai
Doa yang sama dipanjatkan
Moga beroleh keredhaanNya…

Moga Allah pertemukan lagi kita dalam rahmatNya...Moga terus istiqamah!!!

Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya.
2003 - 2005

Monday, December 03, 2007

.:Di sisi Mujahid, ada Mujahidah:.

Terkadang hati ini tertanya-tanya….kenapa masih perlu menunggu? Sedangkan aku tahu, aku telahpun menemui mujahidku… diri ini terlalu yakin, dialah jawapan doa hari2 ku… “Ya Allah, kurniakanlah kepada ku hamba Mu yg soleh sebagai suami, agar dia dapat membimbingku menuju syurgaMu…”


Resah gelisah hati menunggu…mengira setiap detik dan waktu, impian itu menjadi kenyataan… bersama-sama si mujahid… menemaninya dalam perjuangannya… eh?? perjuangan?? Ya Allah…aku lupa lg… seorang mujahid, tujuannya satu… berjuang malah berkorban utk menegakkan Deen-ul-haqq… walau telah bergelar suami, perjuangan tetap berjalan.. pengorbanan tetap diteruskan!! Malah itu juga seharusnya menjadi perjuangan aku juga bukan?..

“Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya….” [33:4]


Hati si mujahid telahpun sarat dgn cinta kepada Rabbnya.. yg menjadi pendorong kepada perjuangannya.. (begitulah haprapnya) .. mana mungkin pada masa yg sama, si mujahid menyintai ku (setelah bergelar isteri) dengan sepenuh hatinya? Walaupun setelah ku curahkan selautan sayang.. ku legakn penat lelah perjuangannya dengan gurauan manja.. ku cukupkan makan pakainya….si mujahid masih tidak boleh leka dr perjuangannya!! Ya Allah, aku kah yang akan menjadi fitnah yang melekakannya dari perjuangannya yg dulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya???…..

“Katakanlah, “ Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”…..[9:24]

Oh tidak!! Aku tidak mahu menjadi penyebab si mujahid leka akan tanggungjawabnya yang lebih besar…tanggungjawabnya utk Ad-Deen ini…. Tapi sanggupkah??…sanggupkah diri ini hanya memperoleh secebis hati si mujahid yg telah sarat dgn cintanya kepada yg lebih berhak?? Sanggupkah diri ini sering ditinggalkn tatkala si mujahid perlu ke medan juang?? Malah sanggupkah diri ini melepaskn si mujahid pergi sedangkn hati ini tahu si mujahid yg teramat di cintai mungkin akan keguguran di medan juang??..sanggupkah???

Ya Allah… Layakkah diri ini menginginkan suami semulia Rasulullah..sedangkn diri ini tidak sehebat Khadijah mahupun Aisyah… Lihat sahaja isteri-isteri Nabi… Ummul-muslimin…Ummi-ummi kita…lihat saja perjuangan dan pengorbanan mereka… lihat sahaja ketabahan hati mereka… sehinggakn setelah diberi pilihan antara cinta duniawi dan cinta mereka terhadap Allah dan Rasul…Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu “Jika kamu menginginkan kehidupan di dunia dan perhiasannya, maka kemarilah agar kuberikan kepadamu mut’ah dan ku ceraikan kamu dengan cara yang baik“ [33:28]

Allah dan Rasul tetap menjadi pilihan! Mampukah aku menjadi seperti mereka?? Mampukah aku membuat pilihan yang sama kelak, setelah mabuk di lautan cinta kehidupan berumah tangga?? Mampukah aku mengingatkn si mujahid tatkala dia terlupa dan terleka dari cintanya dan tugasnya demi Rabbnya?? Atau aku juga akan turut hanyut malah lebih melemaskn lagi si mujahid dengan cinta duniawi??


Ah sudah wahai hati, hentikan saja angan-anganmu, hentikan saja kiraan waktumu…. Masanya belum tiba utuk kau memiliki si mujahid, kerana kau sendiri belum lagi menjadi seorang mujahidah yang sebenar!! Hati, janganlah kau sibuk mengejar cinta mujahid, tetapi kejarlah cinta Penciptanya…Hati, janganlah kau lekakan aku dengan angan-anganmu…sedangkan masih terlalu banyak ilmu yg perlu ku raih….


Hati, sedarkah engkau ujian itu sunnah perjuangan??…tapi kau masih terlau rapuh utk menghadapinya…kau perlu tabah!! dan aku tahu, kau tak mampu utk menjadi sebegitu tabah hanya dalam sehari dua… Duhai hati… bersabarlah… perjalanan kita masih jauh…. bersabarlah… teruskan doamu… hari itu akan tiba jua…. pabila engkau telah bersedia menghadapinya kelak…. bersabarlah…..


Oleh : Seruan


**Nuur Mawardah just copy and to share with others...