Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, October 12, 2006

::::Muhasabah Ramadhan:::


Muhasabah Ramadhan
Hari raya hari kemenangan
Hari kesyukuran dilimpahi kemuliaan
Di lipatan seni mehnah
Ada maksud murni yang lebih hakiki
Pada nafsu yang dilentur lapar dahaga
Pada fikiran disinar wahyu dan sabda
Pada hati bersih di solat tarawih
Apakah semuanya telah dimiliki
Puasa mengajar erti ketabahan
Menghadap ujian berlandaskan iman
Puasa perisai yang sangat maknawi
Penyinkap hijab antara hamba dengan
IllahiPuasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga
Lalu di manakah puasa kita
Adakah masih di tahap lama
Lalu muhasabah di hujung Ramadhan
Sudahkah terbangun jiwa teguh dankukuh
Atau kolam jiwa masih tercemar keruh
Bersembilu dosa duri angkara
Ketika bertahmid, bertakbir, bertasbih
Terasakah ita hamba Illahi
Yang hanya mampu mengukir tadbir
Sedangkan padaNya segala takdir
Allahu Rabbi,andai Ramdhan ini terakhir untukku, sudilah kiranya Kau golongkan ku dalam golongan yang mendapat pengampunanMu...!!!

Saturday, June 17, 2006

Bila Sepasang Mata Menjadi Hadiah




Ingatkah dikau, di mana di dalam sejarah,
Sepasang mata menjadi hadiah?

“Kenapakah kau mengikutku?”
“Aku tertarik kepada kecantikan matamu.”
Jawapan yang cukup angkuh,
Namun mengundang seribu sesalan,
Bila bungkusan merah diterima di tangan.

Muslimah,
Contohilah wanita itu,
Bukan dengan mencungkilkan matamu,
Tetapi dengan menjaga peribadimu.

Wahai Muslimah,
Aku sering tertanya,
Bagaimana engkau masih sanggup,
Memaniskan muka, menghadiahkan senyuman,
Meramahkan bicara,
Kepada lelaki yang bukan muhrimmu.

Apakah engkau ini berani,
Menguji jiwa lelaki,
Yang sememangnya diciptakan Allah,
Dahaga dengan keindahan wanita,
Walaupun sekadar muka yang manis.

Apatah lagi lelaki ini,
Yang engkau tahu cukup ego,
Menganggap wanita sebagai hidangan,
Yang boleh dibelek-dibelek dan dipilih.

Benar,
Muslimah itu telah menemui ajalnya,
Namun diiringi keredhaan Ilahi,
Dan keinsafan seorang lelaki,
Yang akhirnya menjadi sufi.

Muslimah,
Begitulah jalanmu…
Begitulah perjuanganmu…

Muslimah,
Tundukkanlah pandanganmu,
Keraskanlah suaramu,
Seriuskanlah perwatakanmu,
Tampil ketegasanmu,
Bila engkau di depan,
Atau di belakang atau di kiri,
Atau di kanan lelaki,
Walau atas sekalipun.

Ketuk kealpaan mereka,
Bangunkan mereka dari mimpi,
Jelaskan dengan amalanmu,
Bahawa percampuran bukan caranya,
Bahawa keseronokan ini palsu,
Bahawa di sini tiada kebahagiaan,
Hanya kehancuran.

Muslimah,
Inilah jalanmu,
Hentikan dari menjamu nafsu mereka,
Walau sekadar dengan seinci senyuman,
Lalu mungkin kau akan melihat,
Di kalangan remaja ini,
Akan lahir rijaluddin berjiwa pejuang,
Sebagaimana lahir dan bangkitnya,
Dai’e bernama Hassan Al-Basri,
Bila sepasang mata menjadi hadiah.

Puteri harapan…
Serikandi Islam,
Tetaplah engkau dalam perjuanganmu,
Menjadi sayap kiri di medan,
Meneguhkan benteng pertahanan Islam!

Moga takdir Ilahi menentukan,
Bahawa engkau antara hambaNya,
Yang bakal mencium haruman,
Syurga Firdaus…
Ameen…

Buat mujahidah-mujahidah, moga kata-kata ini akan tersemat di hati kalian… sama-sama kita laksanakan… InsyAllah!

Friday, April 28, 2006

Penuntut yang rugi


Daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang belajar ilmu pegetahuan dari jenis ilmu yang sepatutnya dipelajari hanya untuk mencapai keredhaan Allah SWT (iaitu ilmu agama), tetapi ia mempelajari ilmu tersebut tidak lain tujuannya kecuali hanya untuk mencapai sesuatu tujuan keduniaan, maka orang yang sedemikian tadi tidak akan mencium bau syurga.”
Hadith Riwayat Abu Daud


Keterangan

Ilmu Agama adalah ilmu yang termulia sekali, kerana dengan ilmu inilah manusia mengenali Tuhannya dan mengetahui bagaimana cara-cara untuk beribadat dan memperhambakan diri kepada Allah SWT. Yang menciptakannya dan dengan ilmu inilah mereka akan dapat menyelamatkan diri daripada api neraka dan akan dapat melayakkan diri mereka sebagai penghuni Syurga.

Jadi ilmu agama ini adalah ilmu yang menjambatani antara dunia yang fana’ ini supaya seseorang dapat menyeberang ke negeri Syurga yang tidak dapat ternilai harganya. Maka kalau ada seseorang yang menggunakan ilmu yang mulia ini hanya untuk mencari harta benda dunia yang sebenarnya tidak bernilai di sisi Allah SWT, maka ia telah menyalahgunakan suatu anugerah besar yang telah dikurniakan oleh Allah SWT, dan patutlah Allah SWT memurkainya dan menghalangnya daripada memasuki SyurgaNya, kerana dia sendiri tidak mahu menjadikan ilmu yang mulia itu sebagai jambatan yang menyampaikannya ke negeri Syurga.

Sungguh malang penuntut ini. Dia bukan hanya sekadar dihalang daripada memasuki Syurga, bahkan bau Syurga wangi Syurga pun tidak akan dapat diciumnya, sedangkan semerbak bau wangi Syurga itu sudah tercium dari jarak perjalanan 500 tahun sebelum sampai kepadanya.

Sumber: Empat Puluh Hadis Penawar Hati

Wallahu `Alam

Tuesday, April 25, 2006

Mawar Itu Penuh Duri...

Nun berada dihujung laman ,
sekuntum mawar menarik lirikanku,
kulihat segar dan indah berseri,
dengan kilauan cahaya suria mula bersemi,
terbias dengan titis embun pagi,
yang menumpang dikelopaknya itu.

Mawar itu penuh duri,
menjadi pelindung maruah dan kesuciannya,
dari tangan derhaka dan penuh gelora,
yang selalu menghambat ketika leka,
yang kelihatan sufi tetapi iri.

Mawar itu penuh duri,
sengaja ku biarkan ia mekar di lamanku,
berayun lembut dihembus angin pagi,
meratib wirid dan zikir kasihnya,
untuk peciptanya sejak azali,
Hanya mengharap Nur Ilahi panduan diri.

Mawar itu penuh duri,
kulihat lesu dan mula layu,
lantas ku hadirnya padanya dengan pekerti,
menyiraminya dengan keikhlasan,
membajainya dengan budi,
agar mawar berduri itu sentiasa teguh dalam menyantuni ajaran Tuhannya,
dengan sepenuh jiwa raganya.
dengan semurni bersih di hatinya....

Subhanallah,... sungguh indah ciptaan Allah...

Saturday, February 11, 2006

Bila Saat itu bagiku???



Di Kala

Kematian melanda…
Tanpa dapat diduga
Kehilangan terasa menyentuh di jiwa
Panggilan kepadaNya
Tak mampu berdolak kata
Pasrahlah menerima ketentuan dari Yang Esa
Gentarnya terasa
Bila teman meninggalkan kita
Terasa dekatnya pusingan
Takdir menjengah kita..gerunnya
Menongkah jiwa
Bila menghitung bekalan didada
Miskin kedananya kita
Hanya dosa dan lumuran bebanan noda
Oh Tuhan…
Berilah kekuatan untukku
tanpaMu hilanglah arahku
kurniakan ketenangan kukuh
moga utuh di kala kematianku…

Dalam kenangan- Allahuyarhamah Adik Nur Fathiyaton Fisal ,ZC
( ALLHS) telah pulang ke rahmatullah pada 27 Feb 2005, selepas Subuh, Ahad. semoga rohnya dicucuri rahmat Allah s.w.t.Al- Fatihah..

Mati itu pasti!!! Bersiaplah untuk menghadap Tuhanmu...
Moga khusnul Khotimah bagiku...Ameen!!!