Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Thursday, October 12, 2006

::::Muhasabah Ramadhan:::


Muhasabah Ramadhan
Hari raya hari kemenangan
Hari kesyukuran dilimpahi kemuliaan
Di lipatan seni mehnah
Ada maksud murni yang lebih hakiki
Pada nafsu yang dilentur lapar dahaga
Pada fikiran disinar wahyu dan sabda
Pada hati bersih di solat tarawih
Apakah semuanya telah dimiliki
Puasa mengajar erti ketabahan
Menghadap ujian berlandaskan iman
Puasa perisai yang sangat maknawi
Penyinkap hijab antara hamba dengan
IllahiPuasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga
Lalu di manakah puasa kita
Adakah masih di tahap lama
Lalu muhasabah di hujung Ramadhan
Sudahkah terbangun jiwa teguh dankukuh
Atau kolam jiwa masih tercemar keruh
Bersembilu dosa duri angkara
Ketika bertahmid, bertakbir, bertasbih
Terasakah ita hamba Illahi
Yang hanya mampu mengukir tadbir
Sedangkan padaNya segala takdir
Allahu Rabbi,andai Ramdhan ini terakhir untukku, sudilah kiranya Kau golongkan ku dalam golongan yang mendapat pengampunanMu...!!!

1 comment:

Anonymous said...

BismilLahi Ta'ala
Assalamu'alaikum wrh. wbr.

Tambahan targhib ckit, moga bermanfaat:-)

Tanggung Jawab Wanita
oleh Maulana Syamim

Segala apa yang diciptakan oleh Allah SWT diciptakan untuk kita semua. Kita semua pula dijadikan untuk suatu maksud yang mulia, untuk membawa sifat-sifat yang mulia di dalam diri kita. Jangan kita lupa maksud kita kerana itulah keunggulan kita. Selagi kita menunaikan maksud ini, Allah SWT akan memberi faedah daripada segala ciptaannya. Kalau kita abaikan maksud kita, kita tidak akan dapat manfaat daripada rupa dan bentuk iaitu wang, rumah, kecantikan, dsb. Malah kita akan dapat kerugian.

Maksud kita dihantar ke dunia ini bukan sekadar si-laki mencari makan dan si-perempuan masak, tapi adalah bagaimana kita boleh bawa agama kepada diri kita dan seluruh alam. Dari hari pertama kerasulan, Rasulullah SAW tidak berseorangan, tetapi bersamanya adalah Khadijah RdA (seorang perempuan), Abu Bakar RdA (seorang lelaki), Ali KW (seorang budak), Zaid RdA (seorang hamba). Setiap macam orang dapat difahamkan maksud hidup mereka.

Yang paling awal masuk Islam adalah kaum wanita (Khadijah RdA). Yang paling awal korban nyawa untuk agama adalah kaum wanita (Sumaiyyah RdA). Yang paling awal korban harta untuk agama adalah kaum wanita (Khadijah RdA).

Selepas Rasulullah SAW berjumpa Jibril AS, dipeluk, dsb. dan mendapat kenabian, yang beri dorongan utama dan ‘sympathiser’ utama adalah Khadijah RdA. Dia memujuk Rasulullah SAW dan membawanya berjumpa pakciknya Waraqah bin Naufal, yang mengatakan bahawa itulah malaikat seperti yang datang kepada Musa AS, dan kalau dia muda dia akan ikut Rasulullah SAW dan bersama Baginda SAW bila kaum Baginda SAW menghalau Baginda SAW. Rasulullah SAW ketakutan, dan Khadijah RdA bersimpati dan berakhlak baik dan dengan itu dapat sediakan hati Rasulullah SAW untuk memikul kenabian. Sejarah menunjukkan bahawa Nabi-nabi AS yang mendapat sokongan isteri-isteri mereka Rda lebih berhasil.

Wanita mempunyai kuasa yang besar. Kalau wanita beragama, maka agama akan tersebar ke seluruh manusia. Wanita diperbuat daripada tulang rusuk kiri. Tulang ini dekat dengan hati - wanita sangat mudah untuk mempengaruhi lelaki. Sebab itulah musuh Islam menggunakan wanita untuk rosakkan Islam – mereka merosakkan wanita-wanita Islam.

Wanita mempunyai tanggungjawab yang besar. Wanita lebih ramai di dunia ini - wanita adalah 2/3 dari penduduk dunia. Kalau wanita beragama bermakna 2/3 dunia beragama. Walaupun tiada nabi wanita, tetapi setiap nabi AS lahir daripada wanita. Ada nabi AS tiada bapa tapi (selain nabi Adam AS) tiada yang tiada ibu. Wanitalah yang memberi dorongan dan didikan. Anak-anak dibentuk oleh ibu.

Allah SWT telah beri wanita hikmah dan kebijaksanaan bagaimana nak ambil kerja dari orang lain. Misalnya, dia boleh suruh dan pujuk suami atau anak supaya pergi ke kedai 5 atau 10 kali. Bila ini digunakan untuk agama, mustahil suaminya atau anaknya tidak beragama, jika dikehendaki oleh seseorang wanita itu. Gunalah hikmah dan kebijaksanaan ini supaya rumahtangga kita jadi tempat tersebarnya hidayat. Kalau tidak, ia akan jadi tempat tersebarnya kesesatan.

Sahabat Amar bin Jamuh RdA mempunyai kaki yang tempang tetapi hatinya ingin keluar ke jalan Allah SWT di medan Uhud. Isterinya sedih dan inginkan supaya beliau dapat pergi. Isterinya gunakan hikmah sindiran dengan mengatakan bahawa beliau bukan betul-betul nak pergi sangat. Dengan itu, Amar bin Jamuh RdA pergi berjumpa Rasulullah SAW dan desak juga supaya dibenarkan pergi. Beliau ingin berjalan di syurga dengan kakinya yang tempang. Setelah dibenarkan, beliau pergi dan syahid di Uhud. Isterinya pergi ke Uhud untuk membawa mayat suaminya untuk ditanam di Madinah, tetapi unta yang membawa mayat itu tidak mahu pulang ke Madinah. Bila ditanya Rasulullah SAW, isterinya memberitahu yang beliau telah doa tiga kali supaya beliau tidak kembali ke keluarga. Rasulullah SAW beritahu yang doa beliau telah diterima. Beliau dikebumikan bersama para syuhada' di Uhud.

Keinginan sahabiah RdA adalah supaya mereka bangun di hari qiamat dipanggil ibu kepada syahid, isteri kepada syahid, dsb. Hari ini keinginan kita adalah bagaimana kita dapat rumah besar, dsb. Setiap sahabiah RdA berkeinginan untuk ahli keluarga mereka syahid lebih daripada keinginan kita untuk rumah besar. Ini semua kerana cinta mereka kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Ketika Uhud wanita-wanita telah mendengar khabar angin bahawa Rasulullah SAW telah wafat. Mereka bertanya kepada orang-orang yang balik daripada Uhud, mengapa mereka balik! Kalau begitu biarlah mereka yang balik ini memakai gelang-gelang mereka (yakni jadi perempuan) dan biarlah mereka yang pergi ke Uhud! Seorang wanita RdA diberitahu bapanya syahid, suaminya syahid, dan seterusnya, tetapi beliau bukan nak tahu ini - yang beliau nak tahu adalah samada Rasulullah SAW selamat. Bila beliau mengetahui yang Rasulullah SAW selamat, beliau syukur yang Rasulullah SAW selamat, yang bermakna agama selamat. Jika Rasulullah SAW tak selamat walaupun suaminya dsb. selamat, ugama tak juga selamat. Beginilah semangat mereka.

Sekiranya wanita mahu kembangkan agama di dalam rumahnya, Allah SWT akan buat sebab Allah SWT telah beri kebolehan kepada mereka. Di tempat saya ada seorang doktor yang isterinya kuat agama dan dia ingin menyuruh suaminya simpan (pelihara) janggut. Dia telah bermesyuarat dengan isteri tukang rambut dan menyuruhnya datang ke rumah dan tajamkan pisau. Bila suaminya bertanya kenapa, dia kata dia nak cukur rambutnya. Suaminya kata, "Eh, hodoh! (jelek!)" dan dia kata, "Abang lagi hodoh sebab potong sunnah Rasulullah SAW". Dengan itu suaminya mula simpan janggut. Allah SWT beri wanita kelebihan dan kebijaksanaan untuk bawa agama.

Wanita mempunyai tiga tanggungjawab.

Tanggungjawab pertama

Yang pertama adalah ketaatan kepada suami. Ini sebahagian agama yang besar. Kalau seorang wanita tidak taat kepada suaminya, ibadatnya tidak diterima. Amal-amal lebihan yang hendak dibuat perlu minta izin suami, kalau tidak, tak dapat pahala. Apabila ada taat, ini menjadi asbab untuk suami-isteri berdua beragama dalam rumah dan berdua dalam syurga, di mana katil isteri sebelah katil suami. Kecantikan isteri lebih daripada jumlah kecantikan bidadari, nurnya lebih daripada jumlah nur bidadari, cintanya lebih daripada jumlah cinta bidadari, dan semua ini untuk selama-lamanya. Taat suami adalah penting. Sahabat RdA ingin sujud kepada Rasulullah SAW. Baginda SAW beritahu bahawa jika Allah SWT benarkan sujud kepada selain daripadaNya, Baginda SAW akan meyuruh isteri-isteri sujud kepada suami mereka. Apabila isteri taat kepada suami dan mempunyai azamah (kebesaran) suami, ibadatnya diterima dan sifat-sifat baik datang. Kasih-sayang pun datang dan membawa kemakmuran rumah-tangga. Kalau tidak, sebaliknya berlaku. Usahakanlah sifat taat ini.

Memang tanggungjawab suami adalah untuk cari makan, tempat tinggal dsb. tapi kalau kerana usaha agama dia tak dapat nak tunaikan hak itu, isteri tak boleh tuntut. Sekali isteri-isteri Rasulullah SAW meminta hak mereka, dan Rasulullah SAW asingkan diri Baginda SAW daripada mereka selama sebulan. Berita angin yang Rasulullah SAW telah menceraikan isteri-isteri Baginda SAW telah tersebar, dan sahabat-sahabat RdA menangis. 'Umar RdA pergi minta izin untuk berjumpa Rasulullah SAW; tiga kali beliau RdA mencuba. Beliau RdA berkata yang beliau RdA bukan nak berpehak kepada anaknya Hafsah RdA, tetapi nak bincang perkara-perkara penting, barulah beliau RdA dibenarkan masuk. Setelah berbincang panjang, 'Umar RdA berkata bahawa wanita mereka (Muhajirin) telah terpengaruh oleh wanita Madinah dan Rasulullah SAW pun senyum dan tak berapa marah lagi. Apabila ditanya samada Baginda SAW telah menceraikan isteri-isteri Baginda SAW, Baginda SAW telah menafikannya. 'Umar RdA minta izin untuk menghebohkan bahawa Rasulullah SAW tidak menceraikan isteri-isteri Baginda SAW. Ayat Qur'an telah turun yang bermaksud: Wahai Nabi, beritahu isteri-isteri kamu kalau mereka terima keadaan-keadaan sekarang bolehlah kekal isteri, atau kalau tidak, boleh lepas. Semua isteri Rasulullah SAW menangis dan minta maaf dan tak nak apa-apa.

Agamalah yang memberi hak kepada wanita. Kalau agama ada, ada hak untuk wanita. Kalau tak, tak ada (haknya). Kalau orang sibuk untuk agama ini, dan kita minta hak pula, ini kezaliman besar. Pada hari kiamat, bukan mereka yang disoal, tapi kita disoal.

Wanita ada usul, lelaki pun ada usul. Kalau wanita salah atau silap, janganlah kita marah. Sekali di rumah 'Aisyah RdA telah datang hidangan madu dari isteri lain untuk Rasulullah SAW. 'Aisyah telah baling (lemparkan) madu itu tapi Rasulullah SAW tak marah. Kita kena bentuk mereka - seperti Rasulullah SAW, Baginda SAW biasa uli tepung, bersihkan rumah dsb. Hari ini kalau isteri kita sakitpun, dia kena kerja juga. Janganlah begitu.

Agamalah yang beri kepada kita hak. Tapi hak agama melebihi hak semua orang. Bila agama makin lenyap, maka lebihlah diperlukan kita memenuhi hak agama. Hari ini agamalah yatim yang terbesar - tak ada rumah yang mahu terima agama. Agama macam seorang bernama Abdul Ghafur yang dibesarkan dalam suasana dimana kalau kesalahan dibuat, ditegur oleh orang-orang tua. Kemudian orang-orang tua dah mati dan tinggallah Abdul Ghafur. Apabila dia 1membuat teguran, orang-orang muda tak terima dan disuruh keluar. Abdul Ghafur menangis. Dia berjumpa orang lain - Lala - yang bertanya sebab apa dia menangis. Lala pula bersimpati dengan Abdul Ghafur dan mengajaknya datang ke rumahnya dan mengatakan bahawa dia terima Abdul Ghafur.

Begitulah hari ini dalam rumah orang Islam tak ada tempat untuk agama, tapi ada orang lain yang haus yang terima. Hari ini orang Amerika terima agama, dan orang Eropah terima agama, tapi orang Islam buang agama. Allah SWT tak perlukan kita; kita perlukan Allah SWT. Kalau kita tak mahu agama, Allah SWT boleh tendang kita dan gunakan orang lain untuk sebarkan agama.
Tanggungjawab kedua

Para wanita adalah supaya mentarbiyah anak secara Islam, dan mendorong orang-orang lelaki keluar ke jalan Allah SWT. Seramai mana orang lelaki keluar sebanyak itulah agama masuk ke dalam rumah dan sebanyak itulah keamanan dan kemakmuran di dalam rumah.

Tanggungjawab ketiga

Yang ketiga adalah untuk menghidupkan agama dalam diri. Akhlak baik dan sifat malu harus dipupuk. Sembahyang lima waktu harus dijaga pada waktunya. Zikir dibuat pagi dan petang. Masa ditetapkan untuk bacaan Qur'an. Masa ditetapkan untuk taalim harian. Dengan cara ini, rumah jadi macam masjid, iaitu amal rumah jadi macam amal masjid. Rumah demikian dirahmati dan rahmat tersebar ke rumah-rumah lain.

Kalau kita terima dan peluk agama yang yatim, seperti Halimatussa'diah terima dan peluk Rasulullah SAW yang yatim, yang menyebabkan rumahnya dipenuhi berkat dan rahmat, rumah-rumah kita juga dipenuhi berkat dan rahmat. Oleh itu doronglah orang lelaki rumah puan-puan untuk keluar dan tertiblah diri puan-puan beberapa bulan sekali untuk keluar bersama laki-laki. Di tempat kami, ada orang-orang miskin mendorong lelaki mereka keluar: "Allah SWT pelihara kami dan abang." Bila mereka habis wang dan nak balik, isteri mereka kata jangan balik dulu - mereka akan jahit, dsb., dan hantar duit kepada suami. Bila mereka balik Allah SWT tambahkan berkat di rumah.

Wanita dibenarkan bekerja untuk jalan Allah SWT, seperti sahabiah-sahabiah RdA. Kalau keadaan tak cukup kerana agama - wanita dibenarkan kerja, tapi untuk besarkan dunia - tak dibenarkan. Sekali Hassan RdA sakit, dan Ali KrW dan Fatimah RdA nazar untuk berpuasa tiga hari. Ali KrW pergi jumpa seorang Yahudi dan ambil upah buat benang daripada kapas. Fatimah RdA tolong. Dapat upah bijirin dan buat tiga biji roti. Bila nak buka puasa datang seorang fakir dan minta sedekah. Tiga biji roti diberikan dan mereka buka puasa dan sahur dengan air dan tamar. Hari kedua diambil upah lagi dan roti dibuat, dan kali ini datang seorang miskin minta sedekah bila nak buka puasa. Roti diberikan lagi. Hari ketiga diambil upah lagi dan roti dibuat, dan kali ini datang seorang tawanan pula minta sedekah bila nak buka puasa. Roti diberikan lagi. Hari keempat Rasulullah SAW datang, dan lihat Fatimah RdA pucat. Allah SWT turunkan ayat dalam surah Adh-Dhahr memuji Ali KrW dan Fatimah RdA. Ia jadi asbab untuk agama tersebar.

Hari ini agama dalam keadaan teruk (parah) dan kita masih sibuk menambah harta, dan tak benarkan suami keluar ke jalan Allah SWT. Macamana agama akan tersebar?

Berilah nama untuk pergi negara jauh dan untuk suami. Kami nak lihat macam mana masturat-masturat lama di sini buat kerja. Masa pun dah habis walaupun benda nak cakap tak habis. Wanita yang beri suami keluar pada hari kiamat akan dibangkitkan dengan keluarga anbia', siddiqin, syuhada' dan salihin. Wanita yang sediakan tempat tidur suami untuk keluar akan masuk syurga lima ratus tahun dahulu daripada suami mereka yang keluar...

Kg Dato Abu Bakar Baginda, Kajang, 11.10.96