Sunday, December 16, 2007
::FERRARI, PIERRE CARDIN DI DARUL TAQWA:: ( Bahagian 2 )
Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tidak ada dewan bandaraya di seluruh dunia yang mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya melambung tinggi.
APA? Dia nak marah aku?
“Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu suruh. Kita selesaikan di sini sahaj. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan?” tanyanya dengan penuh angkuh.
“Pak cik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi zaman ini, semuanya dipandang sebagai alat bukan ada matlamat,” kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.
“Oh…oh, maafkan kami pak cik,kami nak tanya sikit. Kenapa pak cik pakai pakaian zaman dahulu? Mana pak cik dapat pakaian macam tu?” tanya pegawai itu pula.
Aku yang gila atau dia yang gila. Detak hatinya. Dia berjalan ke arah Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perwatakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leer, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal-mahal pula – Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat jenama John Master. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia ketinggalan zaman!
“Anak muda, pakaian pak cik ini pakaian pemimpin. Pak cik orang besar negara ini. Pak cik dah kelilingi dunia dengan pakaian ini.”
“Pak cik, itu pakaian pululan tahun yang lampau, ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa lagi. Moyang-moyang kami sahaja yang mempertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di barat. Sekarang, kami hanya dapat melihat gambar-gambarnya sahaja, itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ni berpakaian macam yang kami pakai ini. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti Darul Taqwa.”
Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan.
“Di mana aku sebenarnya ni?” dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, ini Jalan Chow Kit di tengah bandar Kuala Lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tiada.
“Pak cik, ini bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah. Nama saya Haji Din, Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir dan batin penduduk bandar ini.”
Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia Mutmainnah? Apa dia Mujahadah? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar.
“Pak cik, kami merayu pak cik membayar saman tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pak cik laksanakanlah. Demi kebaikan pak cik dunia dan akhirat.”
bersambung...
Wednesday, December 12, 2007
::FERRARI, PIERRE CARDIN DI DARUL TAQWA:: ( Bahagian 1 )
Digosok-gosoknya lagi matanya.Dia seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta? Ke zaman kolot dan purba? Begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkan ke tepi jalan.
“Assalamualaikum pak cik…tolong kutip kertas tu. Nanti pak cik rugi di akhirat. Kebersihan itu sebahagian daripada iman.” Bunyi suara di belakangnya. Dia bingkas berpaling. Siapa yang berani tegur tadi? Aku Datuk Dr. Johar, orang besar di negara ini.
“Pak cik, biarlah saya tolong kutip, sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang, nanti didendanya pak cik,” kata budak kecil dengan berpakaian putih dengan serban berlilit di kepala.
Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit. Siapa yang tak kelabu mata tengok duit merah dan biru berlapis-lapis. Namun Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang siur bergerak di udara. Railbus bercerah di sana sini. `Bullet Train’ meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busarnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden. Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah laku mereka…ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Johar.
“Hoi budak, aku di mana sekarang?” soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladdin, budak arab dengan lampu ajaibnya. Teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikirannya.
Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat, tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan berpakaian yang hebat dan segak. Jubah mereka berwarna hitam berjalur biru.
“Assalamualaikum…maaf, kami terpaksa saman pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa. Kami terpaksa menyaman pak cik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitik beratkan iman. Pak cik disaman 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali,” kata pegawai penguatkuasa itu dengan berhemah dan lembut.
Thursday, December 06, 2007
.:Sahabat:.

Kala daku memerlukanmu
Langkah perjuangan masih jauh didepan
Jangan tinggalkan daku keseorangan
Sahabat… Tika kau ada di sisi
Kita bersama tempuhi perjalanan
Kata nasihat kujadikan pedoman
Dalam menagih keredhaanNya
Harapan yang sama diidamkan
Ujian yang sama diharungi
Pengorbanan yang sama dicurahkan
Kasih sayang sama dibajai
Doa yang sama dipanjatkan
Moga beroleh keredhaanNya…
Moga Allah pertemukan lagi kita dalam rahmatNya...Moga terus istiqamah!!!
Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Petaling Jaya.
2003 - 2005
Monday, December 03, 2007
.:Di sisi Mujahid, ada Mujahidah:.
“Allah tidak menjadikan bagi seseorang dua hati dalam rongganya….” [33:4]
Hati si mujahid telahpun sarat dgn cinta kepada Rabbnya.. yg menjadi pendorong kepada perjuangannya.. (begitulah haprapnya) .. mana mungkin pada masa yg sama, si mujahid menyintai ku (setelah bergelar isteri) dengan sepenuh hatinya? Walaupun setelah ku curahkan selautan sayang.. ku legakn penat lelah perjuangannya dengan gurauan manja.. ku cukupkan makan pakainya….si mujahid masih tidak boleh leka dr perjuangannya!! Ya Allah, aku kah yang akan menjadi fitnah yang melekakannya dari perjuangannya yg dulu cukup ikhlas hanya untuk Rabbnya???…..
“Katakanlah, “ Jika bapak-bapakmu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, ISTERI-ISTERImu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khuwatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya” dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik”…..[9:24]
Thursday, November 01, 2007
::Sejuta Keazaman::

Imtihan Niha’ie Nuur Mawardah pada :
28 Oct – Ulum Hadis
10 Nov – Al-Quran & Tajwid III
12 Nov – Ulum Al-Quran
15 Nov – Fiqh
17 Nov – Prinsip-prinsip Ekonomi Islam
18 Nov – Nahu & Sorof
20 Nov – Usul Fiqh
Alhamdulillah, lepas satu paper dan lepas ni ada lagi 6 papers yang mana sekarang kami pelajar sem 4 gap selama hampir 2minggu. Subhanallah... semasa menjawab soalan di dewan exam, hanya pada Allah tempat kita memohon pertolongan. Memang mustajab doa apabila kita terlupa dalam exam. ( Dengan syarat kita dah berusaha sungguh-sungguh ). Suka untuk berkongsi dengan semua, amalkan doa : “subhanamanla yanamu wala yashu allahumma zakkirni maanasitu” maksudnya: Maha suci Allah Yang tidak tidur dan Yang tidak lupa, Ya Allah peringatkanlah aku apa yang aku lupa”. Dengan keyakinan, dengan kuasa Allah kita akan teringat apa jawapannya.
Allahu Akbar! Memang lama juga nak menunggu 2minggu pula paper. Moga2 kali ni Nuur Mawardah tidak lagi mengamalkan study last minute! Dapat pertingkatkan lagi pointer pada sem ni. Ada rezeki, dapat Dean’s List. InsyAllah…
Akhirnya, ilmu yang dipelajari bukan semata2 untuk menempuh exam. Tapi, untuk lekat di hati hingga ke akhir hayat kita. Lebih-lebih lagi ilmu agama yang semakin kurang masyarakat kita ambil cakna. So, kitalah pelapis pendidik pada masa akan datang. Buktikan pada dunia, kelahiranmu penuh bermakna! Sejahtera juga di Akhirat yang kekal abadi. Ameen.
Wallahu’alam bissowab…
.:Sehelai Jubah Hijau:.
Sekalung tahniah dan takziah buat adik-beradik Nuur Mawardah jua sahabat seperjuangan di bumi UIAM yang akan menguasai SRC pada sesi akan datang. Moga kalian dapat menunaikan taklifan sebaiknya juga kepada adik-beradik Nuur Mawardah yang akan memegang tampuk Maaruf Club. Doakan Nuur Mawardah juga dapat menunaikan taklifan yang telah diamanahkan oleh Allah di sini.
Tak ketinggalan juga alfu mabruk ditujukan khas buat sahabat-sahabat UDM kampus KUSZA yang dapat menyambung pengajian di bumi anbiya’ yang telahpun mengetahui natijah imtihan qobul, berapa tahun kalian di sana. Tak kira tahun ke berapa kalian duduki, namun teruskanlah perjuangan di bumi yang penuh barakah. Moga jalinan ukhuwah fillah kan terus mekar bersemi dan ketemu lagi dalam satu perjuangan. Harapnya Nuur Mawardah juga akan mengikuti jejak kalian ke bumi anbiya’, InsyAllah. Ameen.
Masuk pada title entry, Sehelai Jubah Hijau Nuur Mawardah menciplak dari lagu Sepasang Kurung Biru, nyanyian Khairil Johari Johar yang hanya digubah sedikit untuk lagu tema bersempena sebuah tulisan cerpen sahabat yang amat berjasa pada Nuur Mawardah suatu ketika dahulu, Siti Natrah Mustajab yang bertajuk PILU YANG MENGUSIK JIWA.
Sehelai Jubah Hijau

p/s: tiada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Kepada ukht mahbubah Nuur Mawardah, this your favourite eid song!! I had edit the lyric...
Thursday, October 04, 2007
::Zikrul Maut::
Sifat mahmudah atau juga disebut akhlak yang mulia adalah menjadi harga yang bernilai bagi diri seseorang itu. Tanpa hati yang memiliki sifat itu maka tiada erti baginya seseorang insan, betapalah lagi hinanya dia disisi Allah SWT.
Dalam kita membincangkan topik ini, suka sekali dikemukan satu pepatah arab yang bermaksud: “Tiada satu anugerah yang Allah beri kepada seseorang manusia itu lebih mulia daripada akalnya dan budi pekertinya.” Pengertian kalimah ini menjelaskan banyaknya anugerah Allah SWT kepada kita, maka akal dan budi pekertinya yang paling mulia selepas iman. Kalimah ini memang tepat sekali kerana tidak ada ertinya bagi diri seseorang itu kalau dirinya tidak memiliki akal Walaupun dia seorang ratu cantik dunia atau jutawan.
Belum tentu orang menyukainya kerana akalnya tidak normal lagi. Dan bagi dirinya tidak ada erti rupa cantik , wang berjuta ringgit, harta menggunung kalaulah akalnya tidak waras. Sebaliknya mereka akan dicemuh dan dikata orang.
SELALU MENGINGATI MATI
Dalam ajaran Islam, mengingati mati itu adalah baik. Ia sangat digalakkan. Sunat hukumnya bagi kita mengingati mati. Amat bertentangan sekali halnya dengan zaman sekarang ini di mana orang tidak suka kalau kita membawa cerita perihal mati kerana orang zaman ini percaya dengan mengingati mati itu melemahkan semangat, membantutkan kemajuan dan sebagainya.
Inilah lima tempat dimana jika kita berbual-bual hal dunia, maka kita akan dibangkitkan dari kubur seperti seekor babi.
a) mengingati mati boleh menghapuskan dosa.
b) Mengingati mati boleh membuatkan kita menjadi zuhud di dunia
c) Mengingati mati boleh menjadi nasihat yang paling berkesan.
Firman Allah SWT yang bermaksud : “Mereka apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “seseungguhnya kami ini kepunyaan Allah dan kepadaNya kami kembali”
Surah Al-Baqarah ayat 156.
Seterusnya di dalam hadis Rasulullah SAW ada diterangkan bahawa orang yang cerdik ialah orang yang sentiasa mengingati mati. Sabda Rasulullah dalam hal ini: “Dengan banyak mengingati mati dan mengadakan persediaan yang lebih baginya, mereka itulah orang yang pintar yang pergi dengan kemuliaan dunia dan kehormatan akhirat.” Riwayat Ibnu Majah dan Ibn Abiddunia.
Mengapakah dikatakan orang yang paling cerdik ialah orang yang selalu mengingati mati? Cuba kita tinjau bagaimana orang yang sering berusaha mencari bekalan untuk mati itu orang yang paling cerdik. Orang yang demikian dianggap cerdik ialah kerana dia memikirkan bala bencana yang lebih berat daripada apa yang terdapat di dunia. Memang benar, bala yang ada di dunia ini tidak sama hebat dan dahsyatnya dengan yang terdapat di akhirat. Bala bencana di akhirat adalah amat pedih dan mengerikan. Cuba kita bayangkan bencana di dunia seperti seorang yang jatuh dari pokok kelapa. Kepalanya terhempas ke batu dan bersepai otaknya. Otak itu disudu pula oleh itik sambil anggpta badannya dimamah anjing. Tentulah hebat sekali derita yang dialaminya tetapi halnya tidak sama dengan sekecil-kecil deraita di akhirat.
Oleh kerana itu orang yang mengingati mati adalah orang yang paling cerdik kerana dia dapat membayangkan bala dan derita yang lebih hebat di akhirat. Kerana itu dia tidak takut dengan bala bencana di dunia. Dia tahu bencana di akhirat paling derita dan kekal untuk selama-lamanya. Tetapi bagi kebanyakan manusia, mereka tidak dapat memikirkan betapa beratnya penderitaan di akhirat, malah mereka lebih takut penderitaan di dunia.
Kemudian kita difahamkan juga bahawa orang yang mengingati mati itu ada tiga golongan. Golongan-golongan tersebut adalah seperti berikut:
1. Orang yang tenggelam dalam keduniaan. Hatinya begitu terpaut dengan kenikmatan dunia, kerana itu apa sahaja yan dilakukannya semata-mata untuk dunia. Belajarnya untuk dunia, mencari rezekinya untuk dunia, berjuang dan berjihad untuk dunia dan perkara-perkara yang lain semua adalah untuk dunia. Malahan orang yang demikian, bila teringat sahaja mati, menjadi satu derita kepada dirinya. Ini membuatkan dia memikirkan apa yang akan terjadi kepada isterinya yang cantik, apa akan terjadi dengan hartanya, rumahnya kereta mahalnya dan lain-lain lagi. Orang yang bersifat begini akan teringatkan segala-segalanya. Hinggakan kalau dia ada membela anjing yang banyak berjasa kepadanya pun dia akan teringat. Siapakah yang akan menjaganya kalau dia mati kelak. Demikianlah bisik hatinya. Inilah jenis manusia yang telah tenggelam dalam dunia. Mereka ini terseksa jiwanya bila hendak mati. Kalau boleh mahu lari dari berhadapan dengan say kematian. Tetapi Allah memperingatkan kepada kita dengan firmanNya yang bermaksud: “Katakanlah seseungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya itu, tetap akan menemui kamu, kemudian itu kamu akan dikembalikan kepada Tuhan yang mengetahui segala yang tersembuni dan yang nyata, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang pernah kamu lakukan.” Terjemahan Surah Al-Juma’ah ayat 8.
2. Golongan yang bertaubat. Golongan ini apabila mereka mengingati mati, akan lebih bersungguh-sungguh lagi beribadah kepada Allah SWT. Taubatnya semakin bertambah sempurna kerana dia benar-benar takut terhadap azab yang menantinya selepas mati. Kerana itu didalamnya penuh rasa ingin membaiki diri dan menambahkan amal baktinya kepada Allah SWT.
3. Golongan orang yang mengingati mati terus menerus. Ini adalah golongan yang luar biasa. Dia orang yang arif iaitu yang mengenali Allah SWT dengan mata hatinya dan bila teringat mati jiwanya tenang sahaja kerana setelah mati dia akan dapat menemui Kekasihnya. Allah SWT itu kekasihnya. Bila mati dia dapat merehatkan diri daripada dunia yang tidak pernah rehat ini. Bagi mereka kubur merupakan tempat rehat kerana kubur-kubur itu adalah bilik-bilik syurga bagi golongan ini. Jadi bagi orang yang arif ini dia begitu sedar sekali tentang mati. Kerana dengan menemui mati dia akan menemui kebahagiaan. Apakah kebahagiaan yang hendak ditemui itu? Itulah kebahagiaan menemui Allah SWT di dalam syurga. Cuma di sini janganlah kita keliru hingga mengatakan Allah SWT itu di dalam syurga kerana sesungguhnya Allah SWT itu tidak bertempat. Hanya orang yang bertaqwa sahaja yang dapat melihat Allah SWT di dalam syurga dan inilah merupakan nikmat yang paling tinggi.
Di sini elok juga kita memperkatakan sedikit bagaimana cara yang sebaik-baiknya untuk kita mengingati mati supaya kita bersedia dan insaf benar-benar di samping supaya kita berusaha mencari bekalan untuk mati. Di antara cara-cara yang boleh memberi manfaat kepada kita bila kita mengingati mati hingga boleh menjadikan diri kita zuhud di dalam dunia, hingga dunia yang ada sekitar kita iaitu dengan memperbanyakkan mengenang sahabat handai kita yang telah pergi dahulu menemui Allah SWT. Kita ingatkan bagaimana mereka itu dulu sama-sama bermain dengan kita, sama-sama bergurau dan sebagainya. Juga ingatkan pula tugas dan jawatan mereka di pejabat dan di kalangan masyarakat. Semua itu ditinggalkan begitu sahaja tanpa barang sedikit pun dibawa bersama menemui Allah SWT. Bahkan kalau ada harta, rumah besar, wang ringgit, isteri cantik dan sebagainya ditinggalkan kepada waris-warisnya untuk menyambung tanggungjawab dirinya yang dipanggil oleh Allah SWT. Demikianlah yang boleh kita lakukan untuk membawa diri kita mengingati mati supaya rasa keinsafan ada di dalam diri kita setiap detik dan masa sehingga ke titisan darah yang terakhir.
RUJUKAN
v PENAWAR BAGI HATI, Abdul Aziz Ismail, 1992, Dinie Publishers, Kuala Lumpur.
Thursday, April 19, 2007
::Maafkanlah Aku...::

Ya Allah…!
Di pesisir angin yang menyapa
Aku terhidu bau harum…
Itulah harapanku kepadaMu
Agar Engkau mengutip CINTAku
Ya Allah…!
Daku tetap menantiMu di setiap kali
Angin menyapa jasadku…
Daku tetap menyintaiMu
Meski berulang kali telah kumungkiri…
Daku masih mencintaiMu
Dan aku mahu terus begitu…
Ya Allah…!
Meski fajar terbenam…
Meski rembulan sembunyi di balik awan
Meski senja tiada lagi warna jingga…
Aku masih ingin mencintaiMu…
Meski CINTA itu sungguh payah kumiliki…
Meski CINTA itu sungguh payah
Untuk kuselitkan ke dalam hati…
Dan..
Daku pasti
Dengan rahmat dan kasih sayangMu…
Daku tetap akan menanti
Meski waktu itu, separuh nyawaku telah
Engkau pisahkan dari jasadku…
Dan semoga CINTA ini
Akan menjadi saksi bahawa
Aku tidak mahu pulang
Tanpa CINTAku kepadaMu
Ya Tuhanku…!
~Maafkanlah Aku…
Namun sebagai hamba yang percayakan Allah, juga sedar bahwa hidup ini bukan hanya untuk bercinta, bukan hanya untuk berhiba kecewa.
Cinta itu bukan hanya satu keindahan yang bersatu di dunia semata.
“Aku takkan mencari lelaki aku cintai,aku juga takkan mencari lelaki yang mencintai aku, tetapi aku mahu mencari lelaki yang mencintai Allah dan menyambung perjuangan RasulNya, sehingga senang untukku mentaatinya…”
Tuesday, April 17, 2007
::Lafaz Yang Tersimpan::
Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya
Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu
Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia
Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu
Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia
Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata
Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan...
Sungguh, ku sayang ma abah...
Happy Annivesary 29th
::14 April 2007::
Moga bahagia hingga ke Syurga ALLAH!!!
Thursday, February 22, 2007
...Gerimis...

tika terkuak jendela hari
fajar belum pun menyisih lagi
tercari-cari kemana pergi
dia yang pernah menemani disisi
kuharap sinar menerang kabus
agar terang lorong perjalananku
kusangka cerah siangku hari ini
mendung pula menutupi
gerimis ini terlalu pagi
menghantar sayu pilu dihati
gerimis ini bagai mengerti
dikau yang pergi takkan kembali
menyekat gerimis gerimis yang gugur dipipi
terimbau kenangan yang pernah terlukis
dalam gerimis yang bagaikan mengerti
jasadmu diusung pergi
kupujuk diriku tidak menyesali
pemergianmu tertulis di azali
namun hati ini sukarku bohongi
kehilanganmu tak berganti
gerimis tiba dihujungnya
sampai waktu kan berhenti jua
begitulah kehidupan kita didunia
tiada siapa yang kekal selamanya
entah bila waktu ku akan tiba....