Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, December 16, 2007

::FERRARI, PIERRE CARDIN DI DARUL TAQWA:: ( Bahagian 2 )

...sambungan

Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tidak ada dewan bandaraya di seluruh dunia yang mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya melambung tinggi.

APA? Dia nak marah aku?

“Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu suruh. Kita selesaikan di sini sahaj. Berapa gaji yang kamu dapat sebulan?” tanyanya dengan penuh angkuh.

“Pak cik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi zaman ini, semuanya dipandang sebagai alat bukan ada matlamat,” kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.

“Oh…oh, maafkan kami pak cik,kami nak tanya sikit. Kenapa pak cik pakai pakaian zaman dahulu? Mana pak cik dapat pakaian macam tu?” tanya pegawai itu pula.

Aku yang gila atau dia yang gila. Detak hatinya. Dia berjalan ke arah Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perwatakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leer, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal-mahal pula – Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat jenama John Master. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia ketinggalan zaman!

“Anak muda, pakaian pak cik ini pakaian pemimpin. Pak cik orang besar negara ini. Pak cik dah kelilingi dunia dengan pakaian ini.”
“Pak cik, itu pakaian pululan tahun yang lampau, ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa lagi. Moyang-moyang kami sahaja yang mempertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di barat. Sekarang, kami hanya dapat melihat gambar-gambarnya sahaja, itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ni berpakaian macam yang kami pakai ini. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti Darul Taqwa.”

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan.

“Di mana aku sebenarnya ni?” dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, ini Jalan Chow Kit di tengah bandar Kuala Lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tiada.

“Pak cik, ini bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah. Nama saya Haji Din, Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir dan batin penduduk bandar ini.”

Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia Mutmainnah? Apa dia Mujahadah? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar.

“Pak cik, kami merayu pak cik membayar saman tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pak cik laksanakanlah. Demi kebaikan pak cik dunia dan akhirat.”


bersambung...

No comments: