Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, February 11, 2006

Bila Saat itu bagiku???



Di Kala

Kematian melanda…
Tanpa dapat diduga
Kehilangan terasa menyentuh di jiwa
Panggilan kepadaNya
Tak mampu berdolak kata
Pasrahlah menerima ketentuan dari Yang Esa
Gentarnya terasa
Bila teman meninggalkan kita
Terasa dekatnya pusingan
Takdir menjengah kita..gerunnya
Menongkah jiwa
Bila menghitung bekalan didada
Miskin kedananya kita
Hanya dosa dan lumuran bebanan noda
Oh Tuhan…
Berilah kekuatan untukku
tanpaMu hilanglah arahku
kurniakan ketenangan kukuh
moga utuh di kala kematianku…

Dalam kenangan- Allahuyarhamah Adik Nur Fathiyaton Fisal ,ZC
( ALLHS) telah pulang ke rahmatullah pada 27 Feb 2005, selepas Subuh, Ahad. semoga rohnya dicucuri rahmat Allah s.w.t.Al- Fatihah..

Mati itu pasti!!! Bersiaplah untuk menghadap Tuhanmu...
Moga khusnul Khotimah bagiku...Ameen!!!

Friday, June 24, 2005

.:MaWaR:.

Mawar Pertama

Ingatlah, bahawa sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengampuni orang yang beristighfar, Maha Pemberi taubat atas siapa saja yang bertaubat, dan menerima orang yang kembali kepadaNya.

Mawar Kedua

Kasihanilah orang-orang yang lemah, nescaya anda akan bahagia. Berilah orang-orang yang memerlukan pertolongan, nescaya anda akan merasa puas. Rendamlah emosi anda, nescaya anda akan selamat.

Mawar Ketiga


Optimislah, kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampunan untukmu, dan syurga telah menunggumu.

Mawar Keempat

Hapuslah air matamu dengan berprasangka baik kepadaNya. Buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat Allah kepadamu.

Mawar Kelima

Jangan anda mengira bahawa dunia diciptakan untuk melayani seseorang secara lengkap, kerana pada hakikatnya tiada seorang pun di muka bumi ini yang akan mendapatkan semua yang diinginkannya dan terbebas dari segala macam kekeruhan.

Mawar Keenam

Jadilah seperti pohon kurma; tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit, dan bila dilempar batu, ia membalas dengan buah kurmanya.

Mawar Ketujuh

Pernahkah kau mendengar bahawa sesungguhnya kesedihan itu dapat mengembalikan kenangan di masa lalu, dan sesungguhnya kegelisahan itu dapat membenarkan kesalahan. Maka dari itu, mengapa kau harus bersedih dan merasa gelisah?

Mawar Kelapan

Jangan anda menunggu datangnya bencana dan fitnah, tetapi tunggulah kedatangan keamanan, kedamaian dan kesihatan, insya Allah.

Mawar Kesembilan

Padamkan api kedengkian di dadamu dengan memaafkan semua yang pernah berbuat salah kepadamu.

Mawar Kesepuluh

Mandi, berwudhu’, memakai wewangian, dan bersiwak dengan teratur, merupakan ubat mujarab untuk mengatasi kepenatan dan kesempitan.
::Jangan Bersedih Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia::
.:Dr. ‘Aidh Bin ‘Abdullah Al-Qarni:.

Monday, June 13, 2005

Salam Perjuangan FiSabilillah....

Alhamdulillah... Ana masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk beribadah padaNya.. Apatah lagi masih di jalanNya.. Moga2 ana istiqomah!!!