Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, June 27, 2009

:: Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar ::

Salam ukhuwwah dari Mawardah...
Rasanya memang dah lama sangat tak diupdate blog Mawardah ni. Maklumla dah jadi orang busy sangat.
dikesempatan ini Mawardah menceritakan serba sedikit kehidupan Mawardah sekarang dan juga kehidupan yang bakal Mawardah akan lalui.
Subhanallah...
Mawardah menerima tawaran untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.
di Universiti Darul Iman Malaysia Kampus KUSZA dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin dengan Kepujian.
Dikehendaki mendaftarkan diri pada 28 Jun 2009, Ahad. Namun, Mawardah telah menolak tawaran ini kerana ingin menyambung Ijazah dalam bidang Al-Quran Sunnah. kerana sejak diploma lagi Mawardah ingin mengambil QS, tapi tak kesampaian. UDM_KUSZA ini adalah pilihan yang ketujuh Mawardah letak. tambahan lagi Mawardah nak bagi peluang ni pada sahabat-sahabat sekelas Mawardah dulu yang muslimatnya semua tak dapat untuk menyambung pengajian dan terpaksa membuat rayuan. jadi dengan Mawardah mengundurkan diri ini, akan memberi peluang kepada sahabat2 lain yang amat-amat hendak menyambung pelajaran di UDM_KUSZA.
Subhanallah...
Alahmdulillah...
Konvokesyen UDM-KUSZA kali pertama yang akan diadakan pada 14-16 Julai 2009. Konvo yang julung kali pertama diadakan ini akan memberi 1001 kenangan pada diri Mawardah. Harapnya dapat menghadiri hari yang ditunggu-tunggu ini kerana setelah 6tahun Mawardah study, baru sekarang Mawardah akan berkonvo pada 15 Julai 2009, Rabu pada sidang pagi.
Alhadulillah,..
Allahu Akbar...!
Perkara ini adalah yang tidak disangka-sangka yang akan menjadi kenangan terindah dalam kehidupan Mawardah.
Pada 19 Mac 2009, Khamis malam Jumaat. Mawardah telah dirisik.
30 Mei 2009, Sabtu. Satu perjanjian telah termetrai. Pertunangan ini syarat jer. ikutkan majlis merisik pun dah cukup. Alhamdulillah, kini telah bergelar tunangan kepada sahabat lama dulu semasa sama-sama belajar semasa darjah 3-6 di Sekolah Kebangsaan Balok, Kuantan. kepada kawan-kawan sekolah dulu, masih ingat lagi pada kami?? Kecik-kecik dah kena gosip. tak sangka, berkat doa kalian semua jua
Kerana-Nya Kami Disatukan...
Akan datang...
17 Julai 2009, Jumaat malam Sabtu. Insya Allah satu akad nikah akan diadakan. NUR MAWARNI BINTI IZWAR ARFANI dengan pilihan-Nya FAIRUL SHAM SUHARDI BIN ZAILIS. Moga semuanya akan berjalan lancar.Mohon doa sahabat-sahabat semua.
18 Julai 2009, Sabtu. Walimatul Urus akan diadakan di
No 90 Lorong 1,
Balok Baru Fasa 2,
26100 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
19 Julai 2009, Ahad. Walimatul Urus akan diadakan di
5/1094 Kampung Chengal Lempong,
26100 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
Allahu Akbar...!!!
Mawardah menjemput kepada semua sahabat-sahabiah memanjatkan doa untuk kami.
Boleh menghubungi Mawardah di 013-9668372 @ email: shammawar@gmail.com
Sila layari blog kami http://shammawar.wordpress.com
Moga kami akan terus bahagia hingga ke Syurga Allah. Bakal menjadi zauj soleh, zaujah solehah dan abi mithali serta ummi mithali kami...

3 comments:

Unknown said...

selamat mengarungi biduk rumah tangga, semoga selalu dalam ridho Ilahi

ibn suhaimi™ said...

salam, ana dan sahabat2 mewakilkan diri fil jamiah kusza merakamkan tahniah bakal zaujatain solihatain...mudah2an trus mncapai kuarga yg soleh..juga istiqomah harakah islamiah..boleh la bg pd kami jemputnnya time konvo ye..i.allah perkara yg baik ini akn dihebah pd yahoogroup@forum hidup islam sebgai pmberitahuan..pd sahabat2, tiada aral kami mai tolong basuh pinggan pun ok..
minni-firdaussuhaimi-www.sirrulasraru.blogspot.com

Mawardah Solehah said...

Salam.. syukran sahabat. Insya Allah nnt ana akan invite di YG. actualy ana dah krim kad pada seorang sahabiah, malangnya tak kesampaian. jdnya ana kena bg sendiri la. InsyAllah masa raptai nnt.