Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, April 28, 2006

Penuntut yang rugi


Daripada Abu Hurairah Radhiallahu anhu berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang belajar ilmu pegetahuan dari jenis ilmu yang sepatutnya dipelajari hanya untuk mencapai keredhaan Allah SWT (iaitu ilmu agama), tetapi ia mempelajari ilmu tersebut tidak lain tujuannya kecuali hanya untuk mencapai sesuatu tujuan keduniaan, maka orang yang sedemikian tadi tidak akan mencium bau syurga.”
Hadith Riwayat Abu Daud


Keterangan

Ilmu Agama adalah ilmu yang termulia sekali, kerana dengan ilmu inilah manusia mengenali Tuhannya dan mengetahui bagaimana cara-cara untuk beribadat dan memperhambakan diri kepada Allah SWT. Yang menciptakannya dan dengan ilmu inilah mereka akan dapat menyelamatkan diri daripada api neraka dan akan dapat melayakkan diri mereka sebagai penghuni Syurga.

Jadi ilmu agama ini adalah ilmu yang menjambatani antara dunia yang fana’ ini supaya seseorang dapat menyeberang ke negeri Syurga yang tidak dapat ternilai harganya. Maka kalau ada seseorang yang menggunakan ilmu yang mulia ini hanya untuk mencari harta benda dunia yang sebenarnya tidak bernilai di sisi Allah SWT, maka ia telah menyalahgunakan suatu anugerah besar yang telah dikurniakan oleh Allah SWT, dan patutlah Allah SWT memurkainya dan menghalangnya daripada memasuki SyurgaNya, kerana dia sendiri tidak mahu menjadikan ilmu yang mulia itu sebagai jambatan yang menyampaikannya ke negeri Syurga.

Sungguh malang penuntut ini. Dia bukan hanya sekadar dihalang daripada memasuki Syurga, bahkan bau Syurga wangi Syurga pun tidak akan dapat diciumnya, sedangkan semerbak bau wangi Syurga itu sudah tercium dari jarak perjalanan 500 tahun sebelum sampai kepadanya.

Sumber: Empat Puluh Hadis Penawar Hati

Wallahu `Alam

1 comment:

eapt855urk said...

Get any Desired College Degree, In less then 2 weeks.

Call this number now 24 hours a day 7 days a week (413) 208-3069

Get these Degrees NOW!!!

"BA", "BSc", "MA", "MSc", "MBA", "PHD",

Get everything within 2 weeks.
100% verifiable, this is a real deal

Act now you owe it to your future.

(413) 208-3069 call now 24 hours a day, 7 days a week.