Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, September 22, 2008

::Islamic Bait...Di sini kami mendamba cinta Allah, menagih kasih Rasulullah SAW… ::


Salam Ramadhan Kareem… Allahu Akram!! Sepanjang 23 tahun Nuur Mawardah hidup di muka bumi Allah SWT ini, Ramadhan ini adalah Ramadhan yang cukup mentarbiyah diri serba dhoif ini.

Subhanallah, Allah mengurniakan sahabat-sahabat sefikrah di bawah satu bumbung untuk sama-sama menyempurnakan ibadah kepadaMu.. Alhamdulillah, berkat bersatunya hati-hati yang mengharapkan keredhaan Allah SWT maka lahirlah satu tarbiyah yang cukup mengkagumkan. Allahu Akbar!! Kami dapat bersama-sama dalam apa jua keadaan, suka dan duka.. meeninggalkan kenangan pahit dan manis… juga menguatkan diri ini supaya istiqamah di jalan Mu …

Ya Allah, redhailah ukhwah yang terjalin ini..
di dunia jua Akhirat..

Kami bertemu dan berpisah keranaMu..

bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah…


Sahabat-sahabatku… merangkap adik-beradik kedua.. sekalung syukran jazilan kerana telah banyak membantu diri ini sepanjang menjadi ahli bait bersama…

Sepanjang bulan penuh barakah ini kami sama-sama berjemaah melaksanakan ibadah:

Qiamullail
- sebelum or selepas makan sahur by individual

Bersahur
- sesiapa yang akan berpuasa pada keesokan hari..amat sayu bila 2,3 ahli bait je yang dapat bangun..(maklumla, muslimat la katakan..). pernah juga tak tersedar sahur. Pedihla perut puasa hari tu…menu kami sokmo nasi.. lauk yang dimasak oleh chef bertugas mengikut bilik dan bertugas mengejutkan ahli bait untuk sahur..

Bertadarus
– jadual tetap selepas solat fardhu subuh berjemaah. Kami bahagi-bahagikan satu muka seorang bersama partner masing-masing. Kalau bertiga, adala yang asyik duk mengangguk-angguk. Pernah juga yang duk membaca pun mata still ‘ayu’. Bila hari cuti, lepas solat fardhu berjemaah juga bertadarus. Maklumla nak kejar khatam cepat sebelum Rabu ini, 24hb. insyAllah kami akan khatam Al-Quran pada Subuh Rabu ini. Kadang-kadang dibaca juga tafsir ayat-ayat yang penting. Moga kami bukan sekadar melantunkan ayat-ayat Allah malah kami juga memahami apa yang dikatakan dalam kalam Allah yang suci itu..

Berbuka puasa
– masa yang ditunggu-tunggu ( bagi yang berkenaan sahaja ). Alhamdulillah, terasa nikmat sungguh bila dapat menyempurnakan ibadah puasa sehari ini. Apa yang seronok, Islamic Bait just budget Rm1 sahaja sehari. Tapi, mewahla juga menu kami tiap-tiap hari. Boleh kira dengan jari berapa kali Nuur Mawardah ke bazaar ( tak suka environment bazaar, very crowded with hungary peoples)..lagila senang bila dibahagi-bahagi jadual bertugas menyediakan makanan untuk berbuka. So, just kirim apa yang teringin pada ahli bait yang bertugas. Kami berbuka dengan kurma dulu ( kadang-kadang mana yang terliur, rasala dulu sikit) lepas tu solat maghrib berjemaah( time solat, ada ahli bait yang bertugas pelayan sediakan juadah.. syukran!!banyak dapat pahala tu.. walaupun tak.….ehem3) dan barula kami makan nasi dalam talam. Best bangat!!! Makan puas-puas..

Berterawikh
– kebiasaannya kami ahli bait akan solat di masjid. Awal-awal puasa, 10 orang dapat puasa, sumbatlah kami dalam kereta yang cukup banyak jasanya dan motor ‘muslimah rempit’.. (terima kasih tam dan achik!!). majoriti yang nampak kereta kami pasti banyakla suara yang terdengar..antaranya.. “Ya Allah, ramainya..”, “Fuyoo.. penuh kete..”, “wah.. dua orang duk depan!!..” dan macam-macam lagila kata-kata yang kami dengar.. apa taknya, sekali tengok satu badan tapi ada dua kepala yang duk sebelah driver..mujurla kami ni kecik-kecik aje orangnya..(terutama along la..n angah kena duk depan..perasan betul along) kami buat 8 rakaat je.. witir buat kat rumah..

Moreh
– lepas penat balik dari terawikh, sambil-sambil menonton tv..(walaupun black n white, kena besarkan kanta mata nak baca subtitles.. janji boleh tgk.. kecik je tv nyer,,macam tuan dia..) kami moreh.. iaitu makan apa-apa aje yang masih berbaki.. untuk penuhkan perut kami..(macam stokin agaknya.. tapi perut along macam arm guard!). menu moreh juga disediakan oleh chef yang bertugas untuk sahur.. antara makanan yang pernah disediakan kuih muih achik yang lazat n bubur nasi along yang sedap.. ( masuk bakul, angkat sendiri..) ahli bait mesti rindu kami bila kami dah tak ada sem depan nanti..! tak apa, masakan chef-chef lain pun lagi best…!!

Amar ma’ruf nahi mungka
r – antaranya kami membuat majlis berbuka puasa bersama sahabat-sahabat lain. Nahi mungkar antara kami pernah laksanakan, menegur orang yang berdating lelaki dan perempuan waktu lepas balik terawikh,..( kami hon je duk dalam kete.. ni je ke yang termampu??) paling kemuncak,.. sekitar Islamic Bait ada terdengar bunyi mercun dalam jarak yang amat dekat. Lalu strategi disusun untuk kenalpasti rumah mana yang bermain mercun. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Erm, malu pula bila golongan perempuan yang bermain mercun! (dahla main mercun bola! Sekali bunyi, gugur jantung..terutama along yang cepat terkejut..!!) lalu bersama ahli bait n ahli-ahli rumah lain yang juga tak berpuas hati sama-sama naik tingkat atas yang mana acu n usu( selaku saksi yang nampak siapa yang melempar mercun bola).. lalu kami pun menegur n menyiasat… berlakulah suasana yang agak tegang sedikit.. (along kata.” Saya lampu blackout pun terkejut, apatah lagi bunyi mercun..nak main, main kat dalam hutanla..”) panas juga waktu tu.. tambah lagi dengan ahli rumah-rumah lain yang tahap kesabaran mereka sampai kemuncak! (ingatkan kami je yang tak puas hati, sebab mengganggu ketenangan ahli bait..eh, tenang sokmo ke?) rupanya, mereka cuma berdiam diri je selama ini.


Kami sahajalah yang bising mulut bila terdengar bunyi mercun. (especially anjang la..holaah.. holaaah.. tak kira sape-sape yang main, kita ni orang perempuan.. bulan pose plak ni..tu ayat anjang.. ayat along plak lagi pedas.. memang kena pedas sikit walaupun along tak makan pedas.. baru diaorang terasa.. masa kami dapat tahu siapa yang bermain mercun, diaorang tak tunjuk muka. Penakut rupanya.. lalu along pun bestla mengata diaorang..) tak perlula nyatakan di sini apa kata-kata kami..takut nanti kena reject dengan bakal mak mentua..( just kidding!) lalu,,.. diaorang pun minta maaf, tapi ada juga yang keras hati.. bak kata mereka, “ye la,.. hati keras, mana boleh tegur dengan keras juga..nanti kami akan lagi keras..”.. pandaila pula ajar kami..what ever, diaorang boleh menerima teguran.


Harap lepas ni, dah tak ada lagi dengar bunyi mercun. Tak kirala pelajar jurusan apa sekalipun, yang penting nilai-nilai agama Islam dalam diri kita sendiri.. InsyAllah selamat dunia Akhirat!! Moga mereka diberi taufiq dan hidayah dari Allah SWT. Raya nanti kami akan ziarah dakwah di sekitar Islamic Bait..dalam perancangan kami.


Sesi Tazkirah - kadang2je ada.. dah selalu pun.. saling ingat-memperingati sokmo dah..alhamdulillah.. dikurniakan sahabat-sahabat yang selalu menasihati bila kealpaan..

Ahli Islamic Bait yang amat Nuur Mawardah kasihi...


Along ( Nuur Mawardah dapat pangkat ni.. coz paling veteran dah..)

Achik

Tam

Alang

Angah
Acu

Andak

Anjang

Uda

Usu


Moga ketemu malam al-Qadr!!! jumpa lagi Ramadhan yang akan datang.. InsyaAllah!

Nak balik rumah.. tapi taknak berakhirnya Ramadhan=(


Isnin, 22 Ramadhan 1429H @ 22nd October 2008M. 01:15am


Ya Allah tatkala bahang MahsyarMu menjilat tubuh, izinkan kami sama-sama berteduh..
Tatkala mizanMu teliti mengira,

beratkan neracanya atas setiap jasa...
naungi kami di sana,
berkat kasih keranaMu semata,
andaiku layak menapak ke SyurgaMu,

kuminta ahli-ahli keluargaku jua sahabat-sahabatku bersama-samaku..

Ameen..!!

No comments: