Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, March 31, 2008

4 Tahun yang lalu

Salam terus juang dihulurkan...

sedang masih memikirkan apakah yang bakal diperkatakan. InsyAllah Nuur Mawardah akan usahakan. lagi 2 minggu untuk mempersiapkan mengahadapi final exam sem 5 ni. Ya Allah, sekejapnya masa berlalu.. Moga dalam lindungan Allah SWT selalu hendaknya!

Thursday, March 06, 2008

::FERRARI, PIERRE CARDIN DI DARUL TAQWA:: ( Bahagian Akhir )


Sambungan...


Dibacanya dengan teliti...FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANGABADIï.. Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni? "Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya."Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.Top-hit anak-anak muda sekarang..."


"Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu.Ayat suci Al-Quran a... "Eh ...ni suara orang mengaji,"


"Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia.Kemudian getaran suara bergema....


Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu mendamba kasih yang tidak berhujung mengutip sayang di hamparan cinta suci.Inilah getaran hatiku memburu cinta.......stanza hati merindu Ilahi!"


Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran."Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah ..."Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata " Saya bayar dengan kad kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya.


"Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima,kami halalkan sajalah."


"Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri."


" Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka."


"Ah, aku tak nak dengar semuanya.makin gila aku dibuatnya," pekikDatuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua pandangan menyakitkan hati.


Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi.Pemandu bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan 'MAKRUFAT AIR TRANSPORT' sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas :


" KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH ".


Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak mereka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah.Isy,meluatnya! Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum.Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek.


Kenapa jadi begini? Kenapa?Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr.Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus.


"Datuk..!Datuk. .! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !"


Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusanpilihanraya hari itu.


"Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah !!? " tanya Datuk Dr. Johar.


"Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi.Mereka tak mahu pilihanraya. .."


"Habis, mereka mahu apa?"


"Mereka mahu Islam, Datuk!"


"ISLAM !!?? " keluh Datuk Dr. Johar.


Digosok-gosok lagi matanya. adakah dia masih berada di Darul Taqwa.


Tammat.


Sama-sama berfikir untuk memilih kerajaan Islam. Tanggungjawab kita bersama sebagai seorang rakyat yg prihatin dan mengharapkan KalamuLLah akan tertegak di tanah air kita yang tercinta ini...




::FERRARI, PIERRE CARDIN DI DARUL TAQWA:: ( Bahagian 4 )

Sambungan...

"Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?"tanya pelayan berkulit hitam itu.Dia tambah geram.direnung ke hadapan, iaitu ke tempat orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian!

Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas."Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itudengan sopan.Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.

" Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa.Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja.

"Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain ?"tanya sahabatnya di sebelah.Dia nampak simpati.Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. "Ana nak sedekahkan lima riburinggit ...malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun tak mahu terima sedekah ana " Keluhnya."Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah kita.Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita.

Oh... keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi."Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negar aatau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian- kementeriannya. ... saya nak labur habis-habisan.bBiar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup perbualan.

Mereka pun makan dengan perlahan -lahan.Datuk Dr.Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!" ujarnyakepada pelayan restoran.

"Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan ... berhentilah sebelum kenyang.Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ....," kata pelayan itu lagi."Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!" bentaknya. Marah campur geram.

"Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi,kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital!

"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?" leternya perlahan-lahan."Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya. ...."

"Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang ...Di mana boleh saya dapati ?" tanyanya."Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana,tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma

Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr.Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya;satu butang warna hitam ditekan. Dalam skrin timbul tajuk besar-KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusu lnama-nama lagu:

MATI ITU TERLALU SAKIT, ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN , IZRAEL DATANG TIBA-TIBA

Oh...Oh ... seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit.Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar.Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera diatas skrin komputer: RAJA'. kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu.

Bersambung...

::FERRARI, PIERRE CARDIN DI DARUL TAQWA:: ( Bahagian 3 )

Sambungan...

Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh.Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai penguatkuasa.

"Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di Akhirat!" rayu lelaki itu. pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati.Peliknya mereka tidak mengejarnya.

Dia terlepas ...Lega.Dahaga , lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan.Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan :

"Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!"

Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah.Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga.

"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki.""Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan."Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. "Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!".

Lelaki itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah.Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad,pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women's Libs.Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana.

Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,"terangnya.Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih.

"Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahankapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni...""Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu.Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu... Subhanallah...." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia menggeleng -gelengkan kepalanya.

Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk."Nasi beriani sepinggan !"ujarnya kepada pelayan."Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan."Ya ! Apa peliknya?",

Bersambung...